MQ-1 Predator
MQ-1 Predator

MQ-1 Predator

General Atomics MQ-1 Predator adalah sebuah UAV buatan General Atomics dan digunakan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat dan Agensi Perisikan Pusat (CIA). Awalnya ia dibangunkan pada awal tahun 1990-an bagi tujuan peninjauan udara dan pemerhatian hadapan. Selain dipasang dengan kamera dan penderia-penderia lain, Predator yang telah diubahsuai dan dinaiktaraf untuk membawa dan melancarkan dua buah peluru berpandu AGM-114 Hellfire dan persenjataan lain. Pesawat ini digunakan sejak tahun 1995, telah terlibat dalam perang di Afghanistan, Pakistan, campur tangan NATO di Bosnia, Serbia, Perang Iraq, Yemen, perang saudara Libya, campur tangan di Syria, dan Somalia.

MQ-1 Predator

Kelainan General Atomics MQ-1C Gray Eagle
Status Aktif
Kos seunit AS$4.03 juta (2010)[3]
Penerbangan sulung 3 Julai 1994
Pengguna utama Tentera Udara Amerika Syarikat
Tentera Udara Itali
Tentera Udara Turki
Tentera Udara Diraja Maghribi
Diperkenalkan Julai 1995
Dibangunkan dari General Atomics GNAT
Peranan Pesawat Udara Tanpa Pemandu
Jumlah dibina 360 (285 RQ-1, 75 MQ-1)[1]
Kos program AS$2.38 bilion (2011)[2]
Dikeluarkan 1995–kini
Pengeluar General Atomics Aeronautical Systems
Negara pengeluar Amerika Syarikat